Posts

ISU SEMASA PENGURUSAN PENASIHATAN MURID : TOPIK 10

Image
  RUJUKAN : RUJUKAN : PETIKAN DARIPADA AKHBAR SINAR HARIAN BERTARIKH 28, NOVEMBOR 2019, KHAMIS, HLM 1 ISU SEMASA PENGURUSAN PENASIHATAN MURID  ISU YANG DIBINCANGKAN : KAUNSELOR MENJADI PENENTU MASA DEPAN PARA PELAJAR DALAM MEMILIH LALUAN YANG TEPAT  Pihak unit bimbingan dan kaunseling berperanan dalam memberi pilihan kepada pelajar mengikut prestasi pencapaian semasa bagi membantu pelajar memilih aliran pembelajaran. Ujian Pentaksiran Psikometrik Kecenderungan Minat pelajar juga membantu pihak sekolah dalam membuat cadangan keputusan pemilihan pembelajaran pelajar sama ada lebih kepada bidang akademik atau kemahiran. Bidang akademik mencakupi pembelajaran seperti aliran sains tulen, sains sukan, aliran sastera, perdagangan dan pendidikan seni, manakala bidang kemahiran berfokus kepada latihan vokasional seperti ekonomi rumah tangga, kejuruteraan elektrik, penyediaan makanan, asas tanaman dan sebagainya. Peranan pihak sekolah juga memberi nilai tambah dalam memban...

KESIMPULAN : PENGURUSAN PENASIHATAN MURID

Image
 KESIMPULAN :  Pengurusan Penasihatan Murid merujuk kepada perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Hal ini kerana, unit bimbingan dan kaunseling merupakan unit yang penting dalam pendidikan dimana guru bukan sahaja memainkan peranan dalam pembelajaran sebaliknya juga dalam pembentukan disiplin dah sahsiah murid di sekolah. Dalam bab ini menumpukan kepada perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dimana para pelajar boleh mendapatkan khidmat kaunseling daripada guru kaunseling ataupun kaunselor. Dalam bab ini kita dapat mempelajari jenis ruang bilik kaunseling seperti bilik kaunseling individu dan kelompok. Guru kaunseling memainkan pelbagai peranan dalam perkembangan sahsiah disiplin, mental dan juga pengurusan akademik dan kerjaya pelajar. Hal ini membuktikan p enasihatan merupakan salah satu daripada beberapa mekanisme untuk membantu individu yang menghadapi masalah. Nasihat yang diberikan merupakan kaedah menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat....

JENIS-JENIS DAN BENTUK KAUNSELING YANG DIJALANKAN DI SEKOLAH : PENGURUSAN PENASIHATAN MURID

Image
 JENIS-JENIS DAN BENTUK KAUNSELING YANG DIJALANKAN DI SEKOLAH  1 . KAUNSELING INDIVIDU  Kaunseling individu adalah i nteraksi antara dua individu yang berlaku antara guru kaunselor dan pelajar. Kaunselor bekerja bersama-sama dengan pelajar yang mungkin mempunyai konflik kendiri, masalah dalam perhubungan dengan orang lain, masalah psikologikal ataupun masalah akademik. Guru Kaunselor perlu mengambil kira keperluan perkembangan dan keperluan khas murid-murid, sebagai contohnya, mereka yang matang, bermasalah, sedih, miskin dan sebagainya. Permasalahan yang boleh dibincangkan dalam kaunseling individu adalah seperti masalah penyesuaian diri daripada satu tahap kepada tahap lain, masalah perhubungan dan kekeluargaan, kematian, kebimbangan, kemurungan, masalah pemakanan, penderaan seksual, identiti seksual, pemikiran untuk membunuh diri, masalah akademik dan imej kendiri serta masalah konsep kendiri. Dalam bimbingan individu, peranan guru ialah bukan untuk memberikan nasih...

PERBEZAAN BIMBINGAN DAN PENASIHATAN DENGAN KAUNSELING: PENGURUSAN PENASIHATAN MURID

Perbezaan yang signifikan antara bimbingan dan kaunseling diberikan dalam perkara berikut: BIMBINGAN DAN PENASIHATAN KAUNSELING Berfokus kepada masalah yang individu hadapi. Berfokus kepada individu yang bermasalah. Boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja Dilaksanakan oleh individu yang dilatih khusus dalam bidang kaunseling.   Tindakan yang diambil adalah secara ad hoc berdasarkan keperluan. Tindakan yang diambil adalah dirancang secara bersistematik dan berstruktur. Tindakan tidak dipantau oleh penasihat Tindakan dipantau secara berterusan oleh kaunselor Masa yang diambil singkat. Lebih banyak masa  diperlukan Penolong pada dasarnya benar-benar mengenali yang ditolong. Penolong pada dasarnya tidak mesti mengenali yang ditolong secara mendalam.

PROSES MENTORING : PENGURUSAN PENASIHATAN MURID

Image
  PROSES PENGURUSAN PENASIHATAN MURID  :     PROSES MENTORING :         P1. Menjalin perhubungan Perhubungan mentor-mantee adalah aspek penting yang perlu dijalin semasa mentoring. Walaubagaimanapun langkah ini tidak boleh  dilakukan secara gopoh-gapah dan tidak pula boleh ditinggalkan. Berikan masa dan tingkatkanlah usaha supaya terbina perhubungan yang dikehendaki. Mentor dan mentee perlu menggunakan masa yang sesuai untuk mengenali satu sama lain supaya mereka timbul rasa  saling mempercayai.  Jika ini berlaku baik ,maka proses mentoring akan menjadi satu aktiviti yang mudah dan bermakna.       P2. Merundingkan persetujuan/perjanjian Langkah seterusnya adalah untuk  mentor dan mantee sama-sama menjana persetujuan/ perjanjian yang perlu dilaksana dan dipatuhi oleh mereka semasa sesi mentoring. Perjanjian  meliputi  penyediaan jadual untuk sesi mentoring, mengenalpasti batasan serta cara dan ...

KONSEP MENTORING : PENGURUSAN PENASIHATAN MURID

Image
KONSEP MENTORING :       DEFINISI  Daripada perspektif umum, mentoring mengambarkan wujudnya perhubungan berterusan antara individu ke individu/ramai (one-to one/many relationship) yang akan meningkatkan tahap professionalisme mantee.   Sarah Fletcher (2000) pula mengatakan mentoring bermaksud membimbing dan menyokong pelajar (mantee) supaya beliau dapat melalui satu transisi sukar  dengan lebih mudah, tentang melicinkan tatacara, yang dapat membenarkan, menyakinkan di samping mengurus  dan mengarahkan.   Daripada konteks pendidikan pula, mentoring adalah didefinisikan sebagai gabungan melatih (coaching), kauseling dan penilaian, di masa guru berpengalaman (mentor)  di beri   kan tanggongjawab untuk membantu guru baru (mantee)  mendalami perkembangan professional.       CIRI-CIRI MENTORING :  Proses pembelajaran yang aktif buat mentee Yang dipentingkan adalah perkembangan personal dan professional yang berteru...

TOPIK 10 : PENGURUSAN PENASIHATAN MURID ( PENGENALAN, OBJEKTIF, KONSEP)

Image
  PENGENALAN  Pengurusan Penasihatan Murid ini secara terperinci memberi fokus kepada pengurusan penasihatan murid yang terdiri daripada 3 komponen utama iaitu bimbingan, penasihatan dan mentoring. Pengurusan bermaksud satu proses sosial yang dibentuk dan disusun bagi mewujudkan kerjasama, penyertaan, penglibatan ahli-ahli dalam organisasi untuk mencapai objektif yang ditetapkan. Menurut James Stoner,  pengurusan ialah satu proses untuk merancang, mengorganisasikan, memimpin dan mengawal daya usaha anggota organisasi serta menggunakan sumber lain organisasi bagi mencapai matlamat yang ditetapkan. Penasihatan pula mengikut kamus Dewan (1994) ditakrifkan sebagai ajaran, petunjuk yang baik, peringatan, menyusulkan, mengesyorkan ataupun menganjurkan kepada seseorang tentang pelbagai hal. Menurut Zuraidah (1994), nasihat yang diberikan merupakan kaedah menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat. Kaedah ini meruppakan cara yang mudah untuk mengelakka...