KESIMPULAN : PENGURUSAN PENASIHATAN MURID



 KESIMPULAN : 

  • Pengurusan Penasihatan Murid merujuk kepada perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Hal ini kerana, unit bimbingan dan kaunseling merupakan unit yang penting dalam pendidikan dimana guru bukan sahaja memainkan peranan dalam pembelajaran sebaliknya juga dalam pembentukan disiplin dah sahsiah murid di sekolah.

  • Dalam bab ini menumpukan kepada perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dimana para pelajar boleh mendapatkan khidmat kaunseling daripada guru kaunseling ataupun kaunselor. Dalam bab ini kita dapat mempelajari jenis ruang bilik kaunseling seperti bilik kaunseling individu dan kelompok. Guru kaunseling memainkan pelbagai peranan dalam perkembangan sahsiah disiplin, mental dan juga pengurusan akademik dan kerjaya pelajar.

  • Hal ini membuktikan penasihatan merupakan salah satu daripada beberapa mekanisme untuk membantu individu yang menghadapi masalah. Nasihat yang diberikan merupakan kaedah menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat.

  • Kaedah ini merupakan satu cara yang mudah untuk mengelakkan diri daripada memahami, memeriksa, dan menjelajah masalah yang dihadapi. Bagi menyediakan klien dengan maklumat baru dan berguna. Nasihat yang diberikan juga berguna untuk mengajar individu tersebut untuk berfikir dan bertindak. 

  • Individu yang sangat memerlukan kaedah penasihatan adalah golongan yang mempunyai masalah disiplin yang kritikal. Contohnya murid yang merokok dan ponteng sekolah. Jika mereka ini dapat dibantu, masalah pelajar yang merokok dan ponteng sekolah dapat dibasmi dan disitulah murid cemerlang dapat mengharumkan nama sekolah.




Comments

Popular posts from this blog

PROSES MENTORING : PENGURUSAN PENASIHATAN MURID

TOPIK 10 : PENGURUSAN PENASIHATAN MURID ( PENGENALAN, OBJEKTIF, KONSEP)

PERBEZAAN BIMBINGAN DAN PENASIHATAN DENGAN KAUNSELING: PENGURUSAN PENASIHATAN MURID