TOPIK 10 : PENGURUSAN PENASIHATAN MURID ( PENGENALAN, OBJEKTIF, KONSEP)

 PENGENALAN 

Pengurusan Penasihatan Murid ini secara terperinci memberi fokus kepada pengurusan penasihatan murid yang terdiri daripada 3 komponen utama iaitu bimbingan, penasihatan dan mentoring. Pengurusan bermaksud satu proses sosial yang dibentuk dan disusun bagi mewujudkan kerjasama, penyertaan, penglibatan ahli-ahli dalam organisasi untuk mencapai objektif yang ditetapkan. Menurut James Stoner, pengurusan ialah satu proses untuk merancang, mengorganisasikan, memimpin dan mengawal daya usaha anggota organisasi serta menggunakan sumber lain organisasi bagi mencapai matlamat yang ditetapkan. Penasihatan pula mengikut kamus Dewan (1994) ditakrifkan sebagai ajaran, petunjuk yang baik, peringatan, menyusulkan, mengesyorkan ataupun menganjurkan kepada seseorang tentang pelbagai hal. Menurut Zuraidah (1994), nasihat yang diberikan merupakan kaedah menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat. Kaedah ini meruppakan cara yang mudah untuk mengelakkan diri daripada memahami, memeriksa, dan menjelajah masalah yang dihadapi. Murid pula mengikut kamus Dewan Edisi Empat, merujuk kepada anak orang atau anak yang sedang belajar atau berguru.

   Untuk mewujudkan kerjaya sebagai seorang guru bukanlah suatu perkara yang mudah kerana tanggungjawab untuk melaksanakan tugas dalam mengambil berat terhadap anak-anak adalah sangat berat. Pelbagai cabaran terpaksa ditempuhi oleh guru terutamanya kaunselor dalam menangani masalah anak muridnya. oleh itu, Pelbagai pendekatan dilakukan untuk membantu murid-murid di sekolah bagi menangani kemelut atau permasalahan yang sedang dihadapi oleh murid-murid antaranya melalui kaedah bimbingan, penasihatan dan monitering. Penasihatan murid sangat berkait rapat dengan kaunseling. 

   Kefahaman dan pengetahuan para guru dalam bidang bimbingan dan penasihatan adalah perlu dititikberatkan kerana ia dapat membantu guru dalam mendorong pelajar ke arah kecemerlangan individu, dapat menjalinkan perhubungan interpersonal dengan semua pelajarnya terutama ketika menangani permasalahan akademik serta perkembangan diri pelajar. Dengan ini, Guru-guru juga dapat memperoleh kemahiran untuk mendekati pelajar supaya pelajar boleh membina kesedaran kendiri dan kecemerlangan diri demi masa depan. 

 

    Objektif Utama Topik : 

1. Mengenal pasti jenis-jenis dan bentuk kaunseling yang dijalankan di sekolah. 

2. Mengenal pasti faktor yang menyebabkan murid mendapatkan perkhidmatan kaunseling. 

3. Mengenal pasti perbezaan antara bimbingan dan kaunseling. 

4. Menyenaraikan program-program bimbingan dan kaunseling yang dijalankan di sekolah.  

5. Menyenaraikan proses perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.  

6. Menjelaskan kepentingan bimbingan dan kaunseling di sekolah.  

7. Menjelaskan kesan sekiranya perkhidmatan bimbingan dan kaunseling diabaikan.  

8. Menghuraikan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru kaunselor semasa menjalankan  

perkhidmatan kaunseling.

 

Konsep Pengurusan Penasihatan Murid :



  • Bimbingan - satu proses menolong individu untuk memahami diri dan alam sekeliling. Contohnya, menolong individu untuk membuat pilihan dengan tepat terhadap sesuatu perkara
  • Penasihatan - fokus kepada satu masalah yang dihadapi iaitu menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat 
  • Mentoring - satu proses memberi bimbingan, sokongan dan bantuan secara profesional dalam menghadapi krisis hidup dan pembangunan diri individu. Contohnya, proses yang melibatkan mentor dan mentee




Comments