PROSES MENTORING : PENGURUSAN PENASIHATAN MURID

 PROSES PENGURUSAN PENASIHATAN MURID  :

  

 PROSES MENTORING :  


      P1. Menjalin perhubungan

Perhubungan mentor-mantee adalah aspek penting yang perlu dijalin semasa mentoring. Walaubagaimanapun langkah ini tidak boleh  dilakukan secara gopoh-gapah dan tidak pula boleh ditinggalkan. Berikan masa dan tingkatkanlah usaha supaya terbina perhubungan yang dikehendaki. Mentor dan mentee perlu menggunakan masa yang sesuai untuk mengenali satu sama lain supaya mereka timbul rasa  saling mempercayai.  Jika ini berlaku baik ,maka proses mentoring akan menjadi satu aktiviti yang mudah dan bermakna.

      P2. Merundingkan persetujuan/perjanjian

Langkah seterusnya adalah untuk  mentor dan mantee sama-sama menjana persetujuan/ perjanjian yang perlu dilaksana dan dipatuhi oleh mereka semasa sesi mentoring. Perjanjian  meliputi  penyediaan jadual untuk sesi mentoring, mengenalpasti batasan serta cara dan teknik mentoring . Wujudnya perjanjian bersama ini akan mengujudkan perhubungan yang harmoni.

      P3.Perkembangan profesional mantee

Merupakan langkah utama (dan lama) mentoring kerana ia melibatkan fungsi dan peranan mentoring itu sendiri. Pada ketika ini, kedua-dua mentor dan mentee perlulah menentukan matlamat mentoring, menjana senarai latih-tubi dan aktiviti mentoring supaya  matlamatnya tercapai. Pada ketika juga, perlu ada usaha untuk mengwujudkan perhubungan yang harmoni dan berterusan antara mereka.

     P4.Menamatkan perhubungan

Proses mentoring berakhir apabila matlamatnya tercapai di mana ia dinilai oleh mereka yang berkenaan. Perhubungan mentoring hendaklah berakhir dengan tahap pencapaian positif iaitu satu transformasi berperingkat kepada perhubungan yang kasual. Mentoring tidak sepatutnya berakhir tiba-tiba. Dalam kes tertentu pula , perhubungan mentor-mantee akan berkembang kepada sesuatu yang lebih kekal



Rajah di bawah adalah contoh surat pekeliling yang mana merupakan Panduan Pelaksanaan Program Mentor-Mentee di Sekolah. Pihak KPM menyarankan agar pihak sekolah untuk melaksanakan Program Mentor-Mentee di sekolah untuk memperkukuhkan lagi Amalan Guru Penyayang.

 


 Objektif Program Mentor Mentee:


  :- Melalui program ini, murid diharapkan dapat;


4.1   Mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling hormat menghormati antara mentor dan mentee.

4.2       Mengamalkan budaya penyayang dan saling menghargai antara satu sama lain.

4.3       Membina keyakinan diri dalam menghadapi masalah, hasil dari bimbingan dan sentuhan dari mentor yang sentiasa mengambil berat (caring) terhadap kebajikan mereka.

Comments

Popular posts from this blog

TOPIK 10 : PENGURUSAN PENASIHATAN MURID ( PENGENALAN, OBJEKTIF, KONSEP)

PERBEZAAN BIMBINGAN DAN PENASIHATAN DENGAN KAUNSELING: PENGURUSAN PENASIHATAN MURID