JENIS-JENIS DAN BENTUK KAUNSELING YANG DIJALANKAN DI SEKOLAH : PENGURUSAN PENASIHATAN MURID

 JENIS-JENIS DAN BENTUK KAUNSELING YANG DIJALANKAN DI SEKOLAH 


1. KAUNSELING INDIVIDU 

Kaunseling individu adalah interaksi antara dua individu yang berlaku antara guru kaunselor dan pelajar. Kaunselor bekerja bersama-sama dengan pelajar yang mungkin mempunyai konflik kendiri, masalah dalam perhubungan dengan orang lain, masalah psikologikal ataupun masalah akademik.

Guru Kaunselor perlu mengambil kira keperluan perkembangan dan keperluan khas murid-murid, sebagai contohnya, mereka yang matang, bermasalah, sedih, miskin dan sebagainya.

Permasalahan yang boleh dibincangkan dalam kaunseling individu adalah seperti masalah penyesuaian diri daripada satu tahap kepada tahap lain, masalah perhubungan dan kekeluargaan, kematian, kebimbangan, kemurungan, masalah pemakanan, penderaan seksual, identiti seksual, pemikiran untuk membunuh diri, masalah akademik dan imej kendiri serta masalah konsep kendiri.




Dalam bimbingan individu, peranan guru ialah bukan untuk memberikan nasihat tetapi untuk menolong murid-murid untuk menguasai diri mereka sendiri secara mendalam 
 
Guru bimbingan perlu memberikan bimbingan dan kaunseling individu kepada murid-murid yang mempunyai konsep kendiri rendah atau mereka yang pemalu. Justeru itu, peranan seorang guru pembimbing ialah untuk membantu murid-murid yang mempunyai konsep kendiri yang rendah secara individu dengan menyuruh mereka untuk menerangkan sesuatu situasi semasa dan perasaan yang mereka merasai mengenainya, melafazkan semua emosi yang mereka merasai, menjawab secara jujur mengenai maslah-masalah semasa mereka serta menyuarakan keperluan-keperluan semasa dan masa depan mereka.

 

 2. KAUNSELING KELOMPOK

   Kaunseling kelompok adalah satu bentuk kaunseling yang mencabar dan dinamik yang memerlukan kemahiran professional yang lengkap daripada kaunselor. Satu kumpulan kaunseling kelompok biasanya terdiri daripada lima hingga lapan individu atau murid yang dibimbing oleh seorang guru konselor. Murid-murid bertemu secara konsisten untuk mengenali satu sama lain.  Kaunseling kelompok membuka jalan kepada individu mengubah sikap dan tingkahlakunya, mengikut nilai dan tanggapan asal sesebuah kelompok. Semua fungsi ini digunakan dalam sesebuah kelompok kecil dengan berkongsi masalah peribadi bersama rakan sebaya.

    Matlamat kaunseling berkumpulan ini adalah untuk membantu pertumbuhan dan peningkatan murid dalam bidang akademik serta mewujudkan interaksi individu yang lebih sihat dan baik.  Kaunseling berkumpulan ini mampu menanamkan rasa penerimaan diri sendiri dan belajar untuk megurangkan jual mahal atau tarik diri serta memberi kesedaran dan menerima beberapa persamaan dalam diri seseorang. Dan membolehkan seseorang itu sabar terhadap sebarang kesusahan.

   Dalam kaunseling kelompok, murid-murid dengan masalah yang sama bertemu untuk berbincang masalah mereka dan berkongsi pengalaman mereka. Lama kelamaan dengan fasilitasi dan konsultasi daripada kaunselor, mereka dapat menyelesaikan isu-isu yang dihadapi. Bimbingan kumpulan merupakan satu alatan yang sangat berguna untuk pembelajaran kendiridan untuk mendedahkan murid-murid kepada cara-cara yang berbeza bagaimana rakan-rakan sebaya bertindak.

 

Gambar di atas menunjukkan kebaikan bimbingan atau kaunseling kelompok . Antaranya, memberikan murid-murid kekuatan untuk menjadi lebih bersikap terbuka dan berkeyakinan tinggi. 
 
    Selain itu, bimbingan atau kaunseling berkumpulan ini dapat menolong murid-murid untuk memahami diri mereka sebagai individu dan memperkembangkan kesedaran emosi murid-murid serta membantu murid-murid supaya menjadi lebih kuat dan berkeyakinan.

   Tambahan pula, faedah bimbingan berkumpulan ini dapat mengatasi faedah yang diperolehi dari sesi kaunseling individu dalam cara-cara seperti murid-murid dapat mendengar dan belajar daripada pengalaman dan idea-idea rakan sebaya dan ini menolong membangun perasaan komitmen dan kekitaan kepada bimbingan kumpulan melalui proses berkongsi pengalaman, masalah dan idea-idea yang hampir sama. 

   Murid- murid juga dapat membantu diri mereka dan rakan sebaya yang lain dengan berada dalam satu perhubungan yang sama dalam kumpulan ini. Ini juga membantu mereka untuk membentuk satu kefahaman mengenai individu-individu lain. Selain itu, murid-murid akan melibatkan diri dalam proses memberi dan menerima maklum balas dan ini membantu mereka dalam proses memahami dan membantu diri sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

PROSES MENTORING : PENGURUSAN PENASIHATAN MURID

TOPIK 10 : PENGURUSAN PENASIHATAN MURID ( PENGENALAN, OBJEKTIF, KONSEP)

PERBEZAAN BIMBINGAN DAN PENASIHATAN DENGAN KAUNSELING: PENGURUSAN PENASIHATAN MURID