ISU SEMASA PENGURUSAN PENASIHATAN MURID : TOPIK 10

 RUJUKAN : RUJUKAN : PETIKAN DARIPADA AKHBAR SINAR HARIAN BERTARIKH 28, NOVEMBOR 2019, KHAMIS, HLM 1

ISU SEMASA PENGURUSAN PENASIHATAN MURID 


ISU YANG DIBINCANGKAN : KAUNSELOR MENJADI PENENTU MASA DEPAN PARA PELAJAR DALAM MEMILIH LALUAN YANG TEPAT 

Pihak unit bimbingan dan kaunseling berperanan dalam memberi pilihan kepada pelajar mengikut prestasi pencapaian semasa bagi membantu pelajar memilih aliran pembelajaran.

Ujian Pentaksiran Psikometrik Kecenderungan Minat pelajar juga membantu pihak sekolah dalam membuat cadangan keputusan pemilihan pembelajaran pelajar sama ada lebih kepada bidang akademik atau kemahiran. Bidang akademik mencakupi pembelajaran seperti aliran sains tulen, sains sukan, aliran sastera, perdagangan dan pendidikan seni, manakala bidang kemahiran berfokus kepada latihan vokasional seperti ekonomi rumah tangga, kejuruteraan elektrik, penyediaan makanan, asas tanaman dan sebagainya.

Peranan pihak sekolah juga memberi nilai tambah dalam membantu pelajar membuat pemilihan aliran yang betul dan tepat.

Bagaimanapun, pendidikan sahsiah juga penting dititikberatkan dalam pembelajaran pelajar. Nilai murni perlu diterapkan dalam diri supaya ia seimbang dengan prestasi akademik semasa.

Guru sebagai ejen perubahan perlu lebih peka dan memastikan setiap pelajar dididik dengan ilmu sahsiah positif untuk menyediakan generasi yang kaya nilai insaniah dalam kehidupan mereka. 

Proses pengajaran dan pembelajaran perlu lebih berkesan dengan pelbagai pendekatan yang lebih realistik dan mampu meningkatkan kesedaran pelajar dalam usaha memperbaiki diri masing-masing. Program motivasi dan kesedaran boleh dipertingkatkan di bawah Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah supaya pembentukan individu seiring dengan kehendak Rukun Negara, Dasar Pendidikan Kebangsaan dan objektif pembangunan modal insan madani yang terkandung dalam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.




RUJUKAN : 

Amir Hasan Dawi. (2006). Pentorian sosiologi dan pendidikan (Edisi ketiga). Tanjong Malim, Malaysia: Quantum books.

TOPIK 10: PENGURUSAN PENASIHATAN MURID. (2019, April 25). (https://sosiopembelajaran.blogspot.com/2019/04/topik-10-pengurusan-penasihatan-murid.html)

Ibrahim Ahmad. (2002). Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah rendah. Kuala
 Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Ee, A. M. (1990). Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti  Sdn Bhd.

Amir Awang. (1984). Pengantar bimbingan dan kaunseling di Malaysia. Pulau Pinang:  Universiti Sains Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

PROSES MENTORING : PENGURUSAN PENASIHATAN MURID

TOPIK 10 : PENGURUSAN PENASIHATAN MURID ( PENGENALAN, OBJEKTIF, KONSEP)

PERBEZAAN BIMBINGAN DAN PENASIHATAN DENGAN KAUNSELING: PENGURUSAN PENASIHATAN MURID