Posts

Showing posts from June, 2022

ISU SEMASA PENGURUSAN PENASIHATAN MURID : TOPIK 10

Image
  RUJUKAN : RUJUKAN : PETIKAN DARIPADA AKHBAR SINAR HARIAN BERTARIKH 28, NOVEMBOR 2019, KHAMIS, HLM 1 ISU SEMASA PENGURUSAN PENASIHATAN MURID  ISU YANG DIBINCANGKAN : KAUNSELOR MENJADI PENENTU MASA DEPAN PARA PELAJAR DALAM MEMILIH LALUAN YANG TEPAT  Pihak unit bimbingan dan kaunseling berperanan dalam memberi pilihan kepada pelajar mengikut prestasi pencapaian semasa bagi membantu pelajar memilih aliran pembelajaran. Ujian Pentaksiran Psikometrik Kecenderungan Minat pelajar juga membantu pihak sekolah dalam membuat cadangan keputusan pemilihan pembelajaran pelajar sama ada lebih kepada bidang akademik atau kemahiran. Bidang akademik mencakupi pembelajaran seperti aliran sains tulen, sains sukan, aliran sastera, perdagangan dan pendidikan seni, manakala bidang kemahiran berfokus kepada latihan vokasional seperti ekonomi rumah tangga, kejuruteraan elektrik, penyediaan makanan, asas tanaman dan sebagainya. Peranan pihak sekolah juga memberi nilai tambah dalam membantu pelajar membuat

KESIMPULAN : PENGURUSAN PENASIHATAN MURID

Image
 KESIMPULAN :  Pengurusan Penasihatan Murid merujuk kepada perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Hal ini kerana, unit bimbingan dan kaunseling merupakan unit yang penting dalam pendidikan dimana guru bukan sahaja memainkan peranan dalam pembelajaran sebaliknya juga dalam pembentukan disiplin dah sahsiah murid di sekolah. Dalam bab ini menumpukan kepada perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dimana para pelajar boleh mendapatkan khidmat kaunseling daripada guru kaunseling ataupun kaunselor. Dalam bab ini kita dapat mempelajari jenis ruang bilik kaunseling seperti bilik kaunseling individu dan kelompok. Guru kaunseling memainkan pelbagai peranan dalam perkembangan sahsiah disiplin, mental dan juga pengurusan akademik dan kerjaya pelajar. Hal ini membuktikan p enasihatan merupakan salah satu daripada beberapa mekanisme untuk membantu individu yang menghadapi masalah. Nasihat yang diberikan merupakan kaedah menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat. Kaedah i